Monday, 29 September 2014

Habis Masa Dengan....

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Fuh!! Penat..


Susah betul laa nak mengajar blog kat skolah nie. Kenapa laa nak buat blog nie pun nak kena verify email  guna no hp bagai.. Budak-budak skolah mana boleh bawak mai skolah... Cheq dah habaq dah minggu lepas, create blog kat umah. Xbuat! Yang asrama tak mai jumpa pun.. Takkan nak guna no hp cikgu. Dah capai limit. Nak ajaq tutorial pun tak sempat. Naseb bek dah buat tutorial dah siap-siap.. Ishh... Minta-minta kelas esok tak ada yang belum ada blog. Minggu lepas dah settle dah. Hai.... Geram plak aku nie haa....

Nota untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 tak siap lagi nie... Tingkatan 4 plak rabu nie ada peperiksaan bertulis sejarah untuk akhir tahun. Habis waktu kelas. Eh, nak kena naik jaga waktu kelas ka? Alaaa.. Nanti nak kena dok sampai pukul 11 pulak.. 10.40 ada kelas dah.. Tak naik boleh x? Lagi pun kat budak LK pun ada cikgu depa.. Heee..

Tadi ganti kejap kelas kak yati, pastu ada budak nie hantar kerja kertas lukisan untuk kemerdekaan. Letak mana ntah.. Otak tengah blurr masa tu... Alaaahaaaiii... T_T

Friday, 26 September 2014

Birthday Giveaway by Shad

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Giveaway lagi.. Sesaja mencuba naseb.. Giveaway ini sempena Birthday Kak Shad! Happy Birthday akak!!

..:: Allah selamatkan kamu ::..
..:: Allah selamatkan kamu ::..
..:: Allah selamatkan Kak Shad ::..
..:: Allah selamatkan kamu ::..

***

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 
Emi Amirah | Nur Atiqah | Julia Jamaluddin | Ain | Rara Farhana

Good Luck!

***

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...

Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,  terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,  jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...

Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang  menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,  janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,  rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Ameen.

Ish! Pening Dengan....

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Aduhh!! Geram sih!!... Awat? Esok Sabtu.. Skolah plak buat hari ganti untuk cuti Deepavali.. (Huh! Raya haji Isnin ja cuti). Ok laa.. Hari Isnin hari tu, pengetua dah cakap, ganti jadual hari Isnin. Tetiba hari nie dapat tau jadual hari khamis pulak! What de heck??!!

Takkan sebab nie nak geram kot?? Geram laa.. Kalau cheq just mengajaq besa ja, tak pa laa.. Tapi cheq dah plan ajaq blog tu. Siap buat tutorial bagai. Ada cheq post entry semalam.. Lelaju buat.. Fokus gila.. Tetiba tuka...

Kelas hari khamis Tingkatan 4. Tak guna tutorial blog. Nak kena buat nota utk Tingkatan 4 plak. Dok pikir nak wat kerja khusus atau mengajaq. Pikir-pikir yang belum siap kerja khusus cable 2 pelajar India, rasanya depa nie tak mai skolah.. Mengajaq je laa.. Masuk topik Tingkatan 5. Multimedia, senang ja topik nie. Naseb bek nota memang dah buat time macro. So, tak payah buat dah nota, cuma next subtopik kena buat jugak la.. Agak-agak sempat tak nak bagi abis Multimedia sebelum skolah abis. Hmm..


Salam Jumaat!

Giveaway Contest By TwoSevenZeroSixZeroNine

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Okay.. Hari jumaat, Pulai Pinang skolah hokay..(Pehal tetiba.) Sesaja mengupdate blog nak elak jemari frozen dek econ nie haa... Berjalan-jalan blog tadi jumpa laa satu entry GA kat blog akak kesayangan Kak Anne Nurain nie haa.. Macam best ja... Dok usha-usha. Erk! Hari nie last.. Sempat lagi.. Join!


Tujuan blogger (Musfirah) nie wat GA nie sebagai tanda menghargai bloggers wanita. (Hawa is special hokay!) ngee.....

Cara untuk sertai GA ini
..:: Follow blog penganjur ::..
..:: Buat entry tentang GA nie ::..
..:: Tag 4 orang blogger lain ::..
..:: Tinggalkan link entry di entry penganjur ::..

Tag 4 Blogger

AMARAN : GA ini hanya boleh disertai oleh bloggers hawa sahaja.
(Ahahaha.. X laa Semua boleh join, Adam pun. Klu menang kot nak bagi kat mak ke, adik/akak ke, bini/tunang ke. Silakan. ngee)

Thursday, 25 September 2014

Tutorial Blog Buat Pelajar Terchenta....

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hi! Hi! Hi!

Wahh.. Penat jugak ek wat tutorial blog nie.. Dok menghadap laa tadi waktu sekolah, fokus wat.. Bukan leh wat simple-simple macam blogger wat tu.. Nie budak skolah. Sedangkan tunjuk step by step kat depan kelas pun boleh dok tanya berulang kali, apatah lagi tutorial nie. Setiap langkah kena ada.. Guna pulak chromebook.. Nak susun layout, nak customize template, nak buat post.. Semua kena detail. Tengok laa, nanti sabtu nie skolah mesti ada yang akan tanya jugak..

Cheq wat dalam word jaa.. Printscreen bagai, edit kat paint. Tak buh kat blog.. Untuk student, nak bagi depa mudah tengok. Pastu upload kat PADLET.. Bila wat tutorial, mesti laa nak kena test, cuba-cuba buat jugak kan. Nak kena ajaq student, nanti tak laa terkapai-kapai. hehe.. Ini lah hasil yang cheq dok try-try buat.. (Cheq tak guna blog ini ya.. Uiihh, nanges klu guna blog Sakura Ungu nie.. Cheq guna blog template.)


Taadaa!!!
Cheq tak pakai template ek.. Cari image blog background ja.. Pastu edit sana. edit sini jadi laa macam nie..

Nak tengok ka tutorial cheq buat? Sila laa... Tak tengok pun tak apa.. ngeee..


Wednesday, 24 September 2014

WORDLESS WEDNESDAY #19

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tuesday, 23 September 2014

Cerita Kelas Hari Ini

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Haaa.. Nak update tentang kelas hari ni laa apalagi.. Alhamdulillah, kelas hari nie tak macam masalah yang timbul kelas semalam. Kurang, tapi ada satu dua yang bermasalah sikit..



Awal-awal pesan siap-siap dah kat pelajar, pastikan Chromebook connect internet Yes bukan Wifi sekolah. Semua dengaq kecuali sorang. Takpa dimaafkan. Lepas tu ada dua orang kut yang baru nak buat akaun gmail, jadinya bila buat akaun gmail kena verify dulu baru boleh aktifkan akaun. Verify tu pulak kena guna handphone. Cheq punya hangdphone? Noway! Balik verify kat rumah.. Yang dok asrama jaa cheq tolong..

Pastu yang dah lama guna gmail pun bila create new blog kena verify juga. Jadinya yang student kena macam nie, cheq wat apa tau.. Haaa.. Bila ngajaq kat kelas kena tunjuk satu-satu, jadi ada laaa 3 blog yang cheq create gara-gara nak mengajaq nie. Cheq add email depa, invite jadi author blog, pastu tukaq jadi admin, then cheq delete email sendiri yang jd admin. So, blog tu menjadi pelajar punya blog.. Hahaha.. 3 blog diserahkan kepada pelajar, pastu lagi dua pelajar masalah sama, cheq create blog, pastu tukaq jadi hak depa.. Senang.. Hambik kau.. Tapi, walau pun cheq ada blog sendiri, still, bila create blog baru kena verify guna handphone jugak. Tak semua blog yang cheq create laa, ada yang minta ada yang  tak minta... (TAK PAHAM AKU DENGAN GOOGLE NIE.)

Kelas terlajak sikit, minta maaf cikgu next subjek.. Cheq sendiri masuk relief lewat.. Dapat relief berderet plak dengan kelas...

Tiba-Tiba....

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Awal plak cheq update blog hari nie.. Bukan apa, dok usha-blog nie, semalam dah timbul macam-macam problem, so hari nie pun kelas ajaq benda yang sama juga. So kena cari jalan penyelesaian jugak laa kan....

Dalam dok cari jalan penyelesaian blog nie, otak nie tiba-tiba ja menyanyi lagu-lagu Westlife. Erk! Apalagi buka youtube laa layan lagu Westlife. If I Let You GO, My Love.. Oooohhh lagu peberet cheq naahh.. hihihi..


Sambil-sambil layan selesaikan masalah.. Lalu masalah pun selesai.. Rupa-rupanya yang menjadi masalah kelas semalam nak buat blog adalah kerana (ceh! ayat) wifi skolah tak bagi masuk.. Bila guna Yes boleh create. Budak-budak nie pun satu, Chromebook tu dah connect dengan Yes, gatai dok pi tukaq connect dengan wifi sekolah. Tangan tak reti dok diam betul budak-budak skolah nie.. Sabaq ja lah! Next class nie memang sentiasa bawak problem.. Nantikan update seterusnya.... (pui!)

Monday, 22 September 2014

PENAT AJAQ BLOG

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cuti penggal 2 dah abis... Nak cuti lagi!!!!!!!!!!!! K. Fine!

So, kelas tingkatan dua ada final projek. Final projek nya adalah membuat website. Memandangkan guna chromebook, jadinya guna blogspot laa. Wah!! Ajar budak blogspot. Naseb bek cheq nie ada blog, so kira ada pengalaman laa sikit...

Ok, semangat laa nak ajar. Minta budak2 sign in macam biasa, tup2 kena block. Ape kes? Rupanya YES ID tak boleh guna buat blog. Pulak!! Pulun laa suh budak2 nie buat google account. Dah buat Google account, dia minta plak varify guna handphone! Choi, budak-budak mana ada handphone wak mai skolah! Aku jugak laa mangsa, tp limited laa boleh guna pun. Tolong mana-mana yang boleh ja.. Sapa yang sangkut suruh depa wat kat umah guna handphone sendiri..

Ok settle satu masalah. Ajar laa create new blog.. Buh Tittle, create url blog, klik laa create blog.. Loading punya loading.. Skali dia muncul....

Majoriti pelajar semua kena macam nie. Ada beberapa ja yang terlepas dapat buat blog. dengan cikgu skali sangkut. Apa kes?!

Nak settle semua masalah nie abis 2 waktu kelas. Sabtu nie skolah jadual hari Isnin. Jadi pesan laa kat semua pelajar, balik rumah create blog. Hari Sabtu semua kena ada blog masing-masing dah. Kita sambung saja. Yang dok asrama mai jumpa cikgu..

Hambik kau!

Esok masalah yang sama bakal berulang juga.. Apakah?!

Tuesday, 16 September 2014

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Giveaway by The Sisters Closet Dress

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Saturday, 13 September 2014

Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Giveaway sempena Kemerdekaan...


Saya menghargai kemerdekaan dengan cara menyematkan rasa cinta akan negara dalam hati. Menjadikan kisah sejarah Malaysia sebagai pedoman, agar ianya tidak akan berulang lagi dan menginginkan agar sentiasa maju. Menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn yang berusaha menuntut kemerdekaan negara kita. Saya menharapkan agar negara kita sentiasa aman, makmur dan harmoni tanpa ada sebarang kekacauan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan lain-lain. Semoga kesemua masalah yang dihadapi oleh negara kita, dapat diselesaikan dengan segera dan Malaysia terlindung daripada ancaman luar mahupun dalaman. Moga institusi kesultanan kekal, dan Malaysia kekal menjadi negara Islam.


Lagu Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia!

..:: Malaysia Di Hati Ku ::..

Simple Segmen By Ainim Rashihah

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

GiveAway dari kak Ainim Rashihah!! Yeehaaaa!!

***

Assalamualaikum...

Hari cuti begini, Ainim nak buat simple segmen khas buat pengikut dan juga pembaca blog AinimRashihah.blogspot.com. Segmen ni kita main klik klik je tau.

Syarat segmen pun mudah sesangat.
1 - Buat satu entri dengan tajuk "Simple Segmen By Ainim Rashihah"
2 - Terbuka untuk pengikut dan pembaca blog ini. Kalau belum, sila follow dulu ya.
3 - WAJIB klik setiap link 'This' di bawah ini.
4 - Copy coding yang diberi ini, dan paste ke HTML. Dah siap ikut semua step, Tinggalkan URL            penyertaan di kotak komen dibawah ini ya.

Segmen ni berlangsung sampai hari Ahad, 14 September 2014, jam 8pm je ya. Dah nama pun simple segmen kan. Selamat bersegmen semua.

***

Number 1 - Check!
Number 2 - Check!
Number 3 - Check!
Number 4 - Check!

OKAY! Done!!
Akak Ainim! Saya join yaa..

Friday, 12 September 2014

LIEBSTER AWARD... again..

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hokay.... Kali kedua di tag dalam LIEBSTER AWARD.. Terima kasih Rrsya Eyrdina sudi tag cheq naa... hihihi...

****

Lain plak..

Peraturan-Peraturan Liebster Award

● mention blogger yang calonkan anda dan letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
● jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
● calonkan 11 blogger lain yang anda tengok followers kurang daripada 1000.
● buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
● maklumkan kepada those bloggers.

Soalan-soalanya... (jeng,jeng,jeng)
1- Siapa Nama EX BF/GF Yang Pertama ??
-> Cheq tak pernah ada BF, so xda laa EX.
2- Dimanakah Tempat Yang Anda Nak Pergi ??
-> Jepun!, Australia, Mekah.
3- Selebriti Yang Diminati ??
-> Malaysia ka? Hmmm.. Lisa Surihani!
4- Cikgu Yang Paling Cantik/Handsome Di Sekolah Anda Dulu/Sekarang ??
-> Hmm.. cikgu laki, Cikgu Lah (skrg Ust Abdullah Khairi).
-> Cikgu perempuan pulak.. Cikgu Salmah (Cikgu nie comey, sayang cikgu).
5- Benda Yang Anda Nak Sangat Tapi Masih Tidak Dapat ??
-> Hmm.. DSLR, smartphone yang kamera dia cantik,, ntah laa..
6- Antara Kawan Dan BF/GF Mana Yang Korang Pilih Dan Sebab ??
-> Kawan laa.. Cheq mana ada BF.. Muahahaha..
7 - Makanan Paling Anda Tak Suka ??
-> Sotong, makanan pelik-pelik, makanan yang tak sedap. (Kan senang jawab macam nie).
8- Orang Yang Paling Anda Sayangi ??
-> Family, kengkawan, cikgu-cikgu..
9- Binatang Paling Anda Minati ??
-> Arnab n nyau-nyau.. Oh2.. Kura-kura..
10- Lagu Yang Anda Rasa Annoying ??
-> Lagu jiwang nak mampus, ayat yang over hiperbola (wekk).
11- Kata-Kata Perangsang/Semangat Untuk Saya Tentang Blog Ini ??
-> Comey blog adik, cute! Teruskan berblog yaa.. Blaja leklok ek..

Dah siap jawab.. Soalan malas nak buat. So, tak tag laa blogger lain. Lagi pun dah pernah buat dah sebelum nie. Tak da masa laa sekarang... Bz memanjang.. Hokay.. Setakat ini jelaa... Jumpa lagi.. Babai... Luv u. Muahmuahahahaha..

CUTI SEKOLAH BERMULA!!!

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Yeeehaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Cuti..cuti..cuti.. 

Eh! Ngada betul! Mengalahkan budak sekolah ja.. Hahaha.... Penat sih g skolah.. Tapi.... Cuti tak macam cuti.. Nak buat RPH, Kajian Tindakan, Final Year Project pun nak kena mula, nak kena sedia untuk observe.. Ini semua planning.. Hope semua planning tidak tinggal planning sahaja.. Kena buat jugak... Wuaaaarrrgghhhhh....

{Penat betul laa asyik kena bebel ja.. Ada jaa yang x kena. Abis blajaq terus kena cari kerja nie. Tak mau cari dekat2 umah, cari jauh-jauh. Harap yang bakal imam nanti kerja bukan kat Penang, orang sini takpa, tapi kerja jauh.. Feeling frustrated..}

Thursday, 11 September 2014

TIDAK SEDAR TUHAN PULA DIPERSALAHKAN

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.


Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

~Copy N Paste ~
Credit to ~ Az Li

GIVEAWAY SEPTEMBER BY KARYA MAHIRAH

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Giveaway lagi!!!!!

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:


POWERBANK

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

hoyeah!! Amboi update blog 2 kali hari ini.. Mentang-mentang lama tak update blog kan... Cheq cuma nak share 1 benda nie haa...


Apa nie? Macam PowerBank ja.. Haaa.. Memang PowerBank pun.. PowerBank yang tertanggal bajunya... hahaha.. Semalam, lepas fully charge PowerBank nie.. Nak cabutnya laa kabel dia.. Cheq pegang badan dia dan cable. Yang cable tu x pegang kat port dia tu, tapi kat kabel.. Pulun laa dok tarik, tarik.. Tak mau cabut.. Pastu tengok-tengok baju dia nie terkeluar sikit.. Cheq tolak laa balik bagi masuk. Cheq cabut cable elok-elok, pastu try cabut balik baju dia nie. Cabut sampai habis. Jadi laa macam dalam gambar tu.. Baru cheq tau dalam nya tu macam mana. Cheq ada satu PowerBank yang dan rosak. Boleh laa nak buka-buka.. Tengok dalam dia macam mana.

MINGGU KE 9

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hi!! Apa khabar? Dah brekfast? Cheq dah.. baru lepas makan nasi lomak yang tak terasa lomaknya. Xpa nanti mengantuk.. Hee...


Minggu 9!! Yeeehaaa!!!!!! Lagi 7 minggu nak abis Latihan Mengajar..... Kajian tindakan pun belum buat lagi..erk! Hehe... Minggu depan cuti!! Yeay! Cuti, cuti, cuti... (Mengalahkan budak sekolah ja cikgu sekolah nie kan.. hihi) Cuti, cuti jugak, KT kena buat, FYP pun kena buat jugak... Masa takda!!!!! (nampak benor nipunye)

Cepat betul kan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 9 minggu. Macam2 aktivti join, menahan karenah pelajar dan macam-macam ada.. Semua tu pengalaman... Yang pasti x sabar nak abis LM nie.. Rindu kampus..

Okay! Itu aja nak cerita.. Jadual relief dah keluar.. Nak g snap2.. Adioss..

Tuesday, 9 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Yeeehaaaa... GA lg! Nak cuba nasib lagi skali.. Sebelum nie xdpt, xda rezeki.. Cuba lagi, mana tau ada rezeki...

******

As-Salam

[nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

******

Join..Join..Join..Join..
Xnak join xpa..
muahahahhahahahahhahahaha

Monday, 8 September 2014

HARI KELUARGA SMK DOB

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hmm sejak2 LM nie tak sempat nak update blog. Angan ja lebih nak update sepanjang LM. Buzy plus kemalasan menyebabkan blog tersayang nie bersawang. Update pun sebulan sekali. Balik tiap2 hari dah penat dh, malam buat persediaan utk kelas esok. Sabtu hari berehat. Ahad pulun balik planning untuk seminggu lagi.. Adoi.. Kadang rasa salah pilih laluan plak... Tak boleh.. Tak boleh.. Kena redha. Chaiyokk!!

Eh! Eh! Bukan nak sembang ttg merungut nie. Nak cerita Sabtu lepas 6 Sept 2014, skolah tempat cheq LM nie buat Hari Keluarga. So, cikgu-cikgu praktikal nie laa yang menjadi AJK nya. Cheq jadi AJK Kebersihan. Bersih laa sangat kan..

Okay Hari Keluarga nie dibuat di Putri Ayu Chalet (+ kem), Yan, Kedah. Jauh tu.. Takda laa jauh sangat pun. So, cheq ikut 2 org praktikal seni then konvoi dengan 2 orang lagi praktikal BM yang tumpang kereta cikgu sorang nie. Masuk Tol Bertam, keluaq Tol Sungai Petani Selatan. Aku buka WAZE. Waze nie mcm GPS laa.. Tunjuk jalan. Cer cari kat Google Apps Store.

Tolak awal2 pagi dalam 7 hingga 7.30. So sampai kat chalet tu 8.30 pagi. Cuaca plak hujan, lebat plak tu. Dok pikir laa macam mana nak buat aktiviti. Alhamdulillah hujan berenti lepas tu.. Buat macam-macam aktiviti, Untuk kanak-kanak laa, cikgu-cikgu ikut jabatan dan juga staff skolah. Mana boleh lupakan staff skolah kan..Kanak-kanak laa paling suka. Semua aktiviti depa nak main. Suka tgk depan dapat main. Memang meriah laa..

Untuk makan ada laa ikan bakaq, kami nie yang AJK nak pi makan, pinggan xda, dah abis.. Nak wat macam mana sibuk uruskan game. Takpa.. Kambing panggang ada.. Bila siap kambing panggan, kami cepat-cepat serbu, hahaha... Masa tu pun makanan tengahhari pun dah siap. Apalagi, ngap laa.. Lapaq kot..

Lepas makan tu, penyampaian hadiah.. Suka tengok budak-budak dapat hadiah. Ada kaler pensil, kotak pensil, dan pensil. Hadiah untuk guru-guru n staff dapat tupperware.. haha.. Ok pa... Abis jaa penyampaian hadiah geng2 kami nie terus cabut blah. Tak larat dah nak dok, pukul 1.30 dah. So, group aku jalan dulu, aku n 2 budak seni. Apalagi buka WAZE laa.. Hahaha.. Dah boleh jalan jauh dah.. Mentang-mentang ada Waze..

Sampai umah dekat-dekat pukul 3.. Sepanjang program tu x sempat nak amik gambar.. H/P charge, Guna waze memang makan batery banyak, Guna internet kan. Naseb bek memang dah lama beli PowerBank.. Hee.. Yang guna SmartPhone tu, beli laa PowerBank.

Ok, lain kali cerita lagi!
(Amboi, mentang2 lama x update blog, habis cerita panjang.)


Sunday, 7 September 2014

Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hi!! 
Lama betul cheq x update blog nie.. Sebulan sekali laa.. Kadang xda langsung. Sibuk dengan Latihan Mengajar. Jd xda idea nak update.. Planning nak cerita pengalamam sepangjang LM, tapi jemari yang comel nie malas nak menaip... 

Takpa laa kita mula update blog nie dengan GiveAway!!! Yeeehaaaaa!!! Lama tk join GA.

GA ini dianjurkan oleh rakan blogger kita FatinDiana... Taadaa..Ramai sponsernya.. Dan hadiah-hadiahnya juga menarik.. Rugi tak join!

(Klik banner ya..)

Hadiah-hadiahnya... (Drum roll....)
Custom made tshirt x 1
2 jar crunchy bubble x 1
Eyemask 3 pcs x 2
Magnet bookmark x 4
Purse Anna Sui x 2
Tasbih x 9
Topup/Cash RM10 x 1
Topup RM5 x 3
Charcoal mask & tudung x 1
English cotton x 1
Blouse and wideshawl x 1
Handsock x 2
Shiseido mask & Pixy cleansing lotion x 1
Egg white misline x 2
Kartun potrait x 3


Tarikh tamat: 20th September 2014, 10pm
(Lama lagi tarikh tuu....)

Join jangan tak join!