Thursday, 8 December 2016

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lama tak join GA,, Jom..


*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

Saturday, 3 December 2016

HEY! HEY! BERSAWANG SUDAH...

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hey! Hey! Bersawang sudah..

Mak aih.... Lama nya tak buka blog nie. Punya laa malas. Plus lupa. Kecian Blog aku di anak tirikan.
Tak tahu apa nak update hoi..

Aku nak cerita apa eh.. Banyak benda nie.

First skali aku habaq dulu, aku dapat dapat kerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di Kolej Vokasional Balik Pulau. Lapor diri 15 Ogos ritu. Dah 3 bulan lebih dah berkhidmad. Lama kan.. So sekarang cuti sekolah. Cuti pun kena gi kolej jugak. Tapi hari rabu hari ja laa.. Setakat nie belum dipanggil lagi. Sapa kata kerja cikgu nie senang, banyak cuti, mai dok tampat aku nie. Baru tau.


Secondly, aku nak habaq Kolej Vokasional nie, lain sistem dia dengan sekolah. Tak sama. Banyak program, Then pensyarah2 semua sibuk dengan LPM, MQA dan lain. Benda apa tu? Jangan tanya, tak reti nak terang. Ini pasal bdk2 KVnya sijil diploma depa. Kan dah kata depa nie tak sama dengan bdk sekolah.


Yang ketiga, sekarang musim cuti sekolah.. Macam besa laa.. Kenduri kawen. Hey aku pun dapat banyak jemputan tau. Tak campur yg family lagi. Cuma nya tak dapat nak memenuhi jemputan sahaja.. Diri sendiri jaa belum berpunya. Calon ramai. Tapi, jodohnya tak nampak.. Wakakaka.. Anya suggestion?? Teeett..

Dah.. Lain kali sambung cerita.. Sapa2 nak masuk KV tu.. Bleh laa isi online.. Macam mna nak isi? Dekat laman web KPM kot... Google laa.... Senang. Sekarang semua nya dihujung jari..

Adious...

Monday, 11 July 2016

Salam Adil Fitri

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hello Hai..

Lama nya tak buka blog nie.. Banyak sawang x? Haha.. Laa nie makin malas nak update blog. Jangan kata blog, laptop pun lama x buka.. Jarang2..

Dah hampir seminggu dah kita raya. Rasa nya belum terlambat lagi nak ucapkan SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI MaAf ZaHiR BaTiN.


Sehari sebelum raya xdapat amik cuti, half day pun x dapat tau.. Sob sob sob... So, hari nie, patut nya masuk kerja dah. Cheq amik cuti!!! Tak buat apa pun, Takat pi bank jaa.. Esok KERJA!!!! 

Cepat laa dapat posting, bleh letak jawatan..

K bye. Sayonara.

Sunday, 5 June 2016

Salam Ramadhan

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Andai semua HARTA adalah RACUN,maka ZAKATlah penawarnya.Jika seluruh UMUR adalah DOSA,maka TAKWA & TAUBAT ubatnya.Jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya. Marhaban Ya Ramadhan.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini penuh barakah buat kita semua, dan semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir buat kita.

Puasa Jangan Tak Puasa


8Share
(Tolong klik yaa, TQ.)


Wednesday, 20 April 2016

Campak Oh Campak

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lama tak update blog.. Hihihi..
Hi semua. Apa khabaq??

Cheq dari minggu lepas Selasa dapat cuti sakit. Cuaca panas sangat kan... Kerap demam laa.. Pastu sakit kepala. Selasa lepas pi laa Klinik Kesihatan. Demam n sakit kepala. Pastu ada naik biji2. Dah risau dah.. Biji apa laa yang dok naik nie. Dah laa bila badan panas dalam naik bengkak2 macam lopak garam. Sekarang naik biji plak.


Dr tgk2 terus kata nie chicken pox nie. Dari nak m/c sehari dapat seminggu terus. Pagi tadi (Selasa pagi laa) pi klinik lagi skali. Dapat lagi m/c 4 hari. Sampai Jumaat nie. Dr kata selagi ada luka, mai jumpa. Kena m/c.

Hmm.. Tak mau laa... Tak larat nak cuti lama2. Kerja banyak kot. Walaupun syok jugak cuti.. Tapi  dok rumah pun kena kenen jaa.. Tak buat kerja.. Nama pun orang sakit.. Grrr....

Campak dah start kering dah.. Apa lagi.. Jari2 nie memang gatal suka dok pi korek.. Kat muka dah clear korek dah. Kecuali kat kening and kelopak mata. Hehehe.. Berbekas laa.. Tak pa2 nnt baca ayat2 bagi ilang.. Pastu sapu ubat parut ka..

Time demam campak, mandi air rendam daun semambu. Cari daun semambu, rendam dalam air. Buh laa dalam baldi ka.. Rendam laa dalam beberapa jam.. Lagi lama lagi bagus.. Nanti sejuk jaa air. Pastu rajin2 laa sapu Calamine Lotion, ubat Dr bagi atau pun bedak sejuk..

Lagi satu, Baca surah Ar-Rahman setiap kali lepas solat. Klu kena kat baby, tlg bacakan kat baby, kat air ka. Sapu kt baby.

Okay.. Doakan cheq cepat sembuh eh... Bye..

Saturday, 12 March 2016

NAK UPDATE APA?

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hi semua... Apa khbaq? Actualy tak tau nak update apa.. Tapi dah lama tak update blog. Nak cerita apa eh. Hmmm..... Musim kahwin laa..


Banyak kenduri kendara kan sekarang. Member2 pun ramai yang nikah.. Nex week byak kenduri berderet-deret. 18 March satu kenduri, 19 March dua kenduri, 20 satu kenduri.. Eh sat.. 19 ada 3 kenduri... Member matrik sorang kawen, tapi xdpt nak pi, sebab kat Baling, Kedah.. Huuuu..

Pastu 26 March pun ada kenduri. Abg sepupu belah mak, which mean, my mom older sister son. Nikah 26 March. Kat Johor!

~ AND IT'S MY BIRTHDAY ~

Awat pilih tarikh tu.. Time cuti sekolah takmo buat.. Huhuhu.. Tapi kan, tak pi pun Johor. Jauh.. Aritu dah pi dah untuk tunang... Tak larat laa nak pi sampai Johor.. Kat Penang pun ada satu kenduri.. Takpa pi belah laki ja laa... 2 April.. Hmmm..

 baarak-allaahu laka, wa baaraka ‛alayka, wa jama‛a baynakumaa fee khayr
بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Tahniah buat rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga. Semoga berbahgia hingga ke jannah. Dapat anak soleh solehah. In Sha Allah... Amiin...

Thursday, 3 March 2016

How My Students SPM Result?

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hello hai..

Apa khabar semua?? Lama tak bloging. Huhuhu..

Hari nie keluaq result SPM tahun 2015. Teringat kat student 4 Delta 2014. Depa nie laa amik SPM tahun lepas. Macam mana laa result depa nie. Harap2 terbaik laa.. Rindu kat depa nie, Yang manja, yang nakal yang pemalu, yang sporting. Hahaha...

This is them. Ada yang missing from the pict. Hahaha.

Memang takdak contact dengan depa. Kita cikgu mana bleh sesenang bagi no tepon fb semua. Hal peribadi n profession tak leh campuq kan. Tapi ada ja yang form1 n form add. Depa cerdik, pandai cari. Hehe..

So, tahniah kat student2 yang berjaya mendapat keputusan yang terbaik. Yang mana dapat kepututsan kurang memberangsangkan, tak apa. This is not the end for your future. You future are very bright ahead. Find a way okay.

Monday, 25 January 2016

Celcom SL1M Training

ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ ✿◕ ‿ ◕✿ 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hai semua... Lama dah tak jenguk blog.. Macam dah lupa jaa.. Tak lupa g.. Tak tau nak update apa. Hehehe....

Tak apa laa.. Hari nie aku nak cerita pasal minggu lepas aku pi Celcom SL1M Training.
Modul 1 & 2.

Modul 1 tentang My Job My Pride. Berbangga dengan kerja kita. Banyak laa aktiviti yang dibuat. Macam mana kita memberi impak pada kerja kita dan orang lain. Time nie kami semua ada dapat tag nama. So sepanjang 2 hari kena kumpul bintang.

10 Bintang - Datuk / Datuk Sri
15 Bintang - Tan Sri
20 - Tun

Aku dapat kumpul 9 ja,, haha..

Ini laa hasil selepas 2 hari traini Modul 1.

Modul 2 pulak tentang P.O.W.E.R PACK PRESENTATION SKILL. Dalam nie lebih kepada persediaan diri dalam presentation, sikap positif, membawa konfident diri. Byk yang dapat Modul ni so lebih yakin untuk berhadapan dengan orang.

...:: Tukar mindset kita ::...

"KERJA" kepada "ENJOY"
Kita tak kerja dalam syarikat tapi kita enjoy!

"PROBLEM" kepada "CHALLENGES"
Tak perkataan problem/masalah dalam hidup kita, tapi yang ada challenges/cabaran untuk kita hadapi.

Buang semua yang negatif, simpan yang posif, baru kita seronok, happy, konfiden bila melaksanakan tugasan.

Gambar kiri atas tu, yang lelaki depan, itu laa coach kami. The best coach!
Coach Rafi Thank You so much!


KITA ENJOY!!!!!